1. | Antologi Cerpen Pesisir
2002.
Pesisir akan menghasilkan sebuah antologi Cerpen karya ahli Pesisir lama dan baru.Kepada ahli Pesisir di mana sahaja berada (Keutamaan diberikan kepada mereka yang menetap di Kelantan), anda bolehlah mengirimkan sebuah atau dua buah cerpen antara 10 ke 15 halaman untuk dimuatkan ke dalam antologi yang bakal diterbitkan . Cerpen yang dimaksudkan seeloknya yang belum disiarkan di mana-mana penerbitan. Bagaimanapun Cerpen yang telah disiarkan juga adalah diterima. Tarikh tutup penerimaan cerpen adalah pada pada pertengahan bulan Julai 2002. Cerpen untuk diantologikan hendaklah dikirimkan siap diprint langkau dua baris dengan memberikan ruang kiri dan kanan , atas dan bawah berjarak 1 inci. Bersama teks cerpen tersebut juga hendaklah dikirimkan disket berisi cerpen berkenaan ke alamat : ANUAR BIN MUSA P.O. BOX 100, KG. TELAGA LANAS, PENGKALAN KUBOR, 16080 KOTA BHARU, KELANTAN
|
2. | Tuisyen Kreatif 2002
Tuisyen puisi dan cerpen Pesisir secara intensif ini akan dimulakan pada bulan Mac 2002 dan ianya dilangsungkan berterusan dalam masa 4 kali Cuti Sabtu). Penyertaan Tuisyen ini terbuka kepada mereka yang tinggal berdekatan daerah Tumpat, sama ada ahli pesisir atau tidak., Sdr/sdri yang berminat bolehlah mengirimkan nama dan alamat surat menyurat atau alamat email untuk dihubungi pihak penyelenggara. ediramle@softhome.net edi@geek.com
|
3. | Mesyuarat Agung Pesisir
2002
Pesisir telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-15 pada 26 April 2002 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Chabang Empat, Tumpat, Kelantan.. Sempena ini juga akan diadakan majlis pelancaran Tuisyen Puisi dan Antologi Cerpen Pesisir 2002.
|
4. | Menyertai Kerabat
GAPENA
Pesisir juga bercadang untuk memohon menganggotai GAPENA dan kini dalam usaha untuk mengemukakan permohonan untuk turut bernaung di bawah GAPENA. |
5. | Pesisir-tumpat@yahoogroups.com
Mailing List Pesisir di pesisir-tumpat@yahoogroups.com adalah sentiasa berada dalam keadaan aktif. Saudara/saudari yang ingin ikuti perkembangan Pesisir adalah dijemput untuk mendaftar dan mengambil bahagian aktif dalam egroup ini. Beberapa orang Ajk Pesisir, termasuk Ketua 1, Setiausaha 1, Setiausaha 2, dan Webmaster Laman dan juga beberapa ahli yang aktif dapat mengikuti perbincangan di group ini . Pendaftaran terbuka kepada semua dan ianya adalah percuma. |
6. | Mengesan Ahli lama
Kami juga ingin hubungi ahli-ahli pesisir yang kini berada di luar Tumpat/Kelantan, seperti sdr. Napie Mat, Awang Abdullah, Mohd Azli Lee Abdullah, Asmui Mustafa, Eziz Shukman, Zakaria BS, Azura MZ dan juga ahli pesisir yang lainnya diminta hubungi kami melalui email edi@geek.com sekiranya terbaca pengumuman ini. |